logo

logo

Thursday, 20 April 2017

RUMAH 350K

Sila hubungi kami untuk mendapat penerangan yang lebih lanjut bagi membina rumah idaman tuan: 013-9384588 MUHAMMAD HAQQAT, KAF HARDWARE, SIMPANG KEPAYANG, 28000 BERA PAHANG.


Rumah ini luasnya 3200 kaki persegi (tiga kali ganda rumah mesra rakyat). Ada lima bilik dan 3 bilik mandi. Dua ruang tamu yang luas.


Bilik air di 'keluarkan' dari bangunan induk.


Ruang tamu utama yang luas. Mozek 2kaki x 2kaki.



Saturday, 15 April 2017

KEMASAN BILIK MANDI

Sila hubungi kami untuk mendapat penerangan yang lebih lanjut bagi membina rumah idaman tuan: 013-9384588 MUHAMMAD HAQQAT, KAF HARDWARE, SIMPANG KEPAYANG, 28000 BERA PAHANG.






Pilihan sinki, mangkuk tandas, pili dan mozek mengikut cita rasa sendiri.

Tuesday, 4 April 2017

BINA RUMAH SENDIRI DENGAN DUIT TUNAI

Sila hubungi kami untuk mendapat penerangan yang lebih lanjut bagi membina rumah idaman tuan: 013-9384588 MUHAMMAD HAQQAT, KAF HARDWARE, SIMPANG KEPAYANG, 28000 BERA PAHANG.


LANGKAH BIJAK YANG PERLU ADA:

1.  Pelan lengkap. 

Boleh minta arkitek sediakan dengan bayaran sesuai. Boleh pilih reka bentuk yang berkenan di hati. 

Atau minta pelan rumah saudara mara/kawan-kawan yang telah ada pelan lengkap. Rumah yang siap nanti akan serupa dengan rumah tuan asal!

Atau ambil pelan rumah mesra rakyat!

2.  Tukang

Cari tukang yang boleh membina rumah tersebut mengikut pelan yang disediakan. Tanya beberapa tukang. Lain tukang lain harganya. Lain juga kemahirannya. Tukang yang banyak projek biasanya mengenakan harga yang agak tinggi. Tukang yang tiada projek biasanya harga sedikit rendah. Minta dia tunjukkan rumah yang dia sudah bina. Lihat rumah tersebut sama ada sempurna atau banyak cacat. Tanya tuan rumah kelebihan dan kekurangan rumah yang telah dibina itu.

3.  Bahan binaan

Elok beli sendiri bahan binaan. Beli ikut pelan yang disediakan. Besi yang digunakan untuk tiang dan beam mesti mengikut pelan yang disediakan. Jika serahkan kepada tukang untuk beli bahan binaan mungkin dia akan kurangkan spesifikasi bahan seperti besi, kekuda, atap dan sebagainya untuk mendapat sedikit untung!

4.  Dalam pembinaan

Selalu tengok semasa rumah dibina. Tengok bagaimana 'tapak gajah' dibuat. Mesti ada besi yang dibentuk dan diikat. Beli simen ready mix untuk 'tapak gajah' dan semua beam. Jika rumah jauh minta tukang hantar gambar dan whatsapp setiap struktur yang dibina. Asasnya lantai mesti ada besi 'brc', jika tidak lantai akan retak.

..... bersambung

5.  Kemasan 

Jika kita mementingkan kemasan yang cantik dan berkualiti ianya agak mahal. Pilih pintu yang sesuai dengan bajet dan cita rasa sendiri. Pilih mozek yang berkenan di hati. Pilih sinki dan mangkuk tandas yang kagumi.  Semua ini boleh dilihat di rumah kawan atau saudara mara yang telah memasangnya. Atau jika anda selalu ke hotel, bolehlah mengambil contoh reka bentuk pintu, mozek, mangkuk tandas dan sinki yang ada. Boleh juga melihat item-item tersebut di lapangan terbang! Tentu reka bentuknya lebih menarik. Semua ini bergantung kepada bajet dan cita rasa masing-masing.